Perkembangan Sekolah

Pada tahun 1972, SMK Machang telah dinaikkan taraf dari Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Machang kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Machang apabila Tingkatan 4 mula dibuka. Kelas Tingkatan 4 terdiri daripada tiga kelas aliran sastera dengan pelajarnya seramai 96 orang.

Pada tahun 1976, SMK Machang mendapat satu blok bangunan baru yang mengandungi sebelas bilik darjah, satu makmal sains dan satu bilik Seni Lukis. Pada tahun 1979, tingkatan empat aliran sains diperkenalkan di sekolah ini dengan bilangan pelajar pertama seramai 48 orang.

Pada tahun 1993, SMK Machang telah mengambil kumpulan pertama pelajar bagi Tingkatan Enam Rendah aliran sastera dengan jumlahnya sebanyak 50 orang. Pada tahun tahun 1996, SMK Machang telah mendapat satu lagi blok bangunan baru yang terdiri daripada tiga buah Makmal Sains, Pusat Sumber Sekolah, pejabat dan bilik pengetua.

Pada tahun 2002, SMK Machang telah mendapat tiga blok bangunan baru yang terdiri daripada Pusat Sumber Sekolah Bilik Guru, dua buah Makmal Komputer, dua buah Bilik Ekonomi Rumah Tangga , Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup dan bilik-bilik Khas. Dengan siapnya bangunan ini, SMK Machang telah memulakan persekolahan satu sesi iaitu sesi pagi kesemuanya. SMK Machang juga telah mendapat peruntukan untuk pembinaan asrama yang baru pada tahun 2001 dan dapat digunakan pada tahun 2003.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel dan pendaftaran. Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Dasar & Hak Cipta

Penafian: Pihak Sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran. Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.
%d bloggers like this: